December 29th, 2009
Sedekad Kebekuan: Daya Saing, Kelangsungan dan Strategi Baru Ekonomi Malaysia
Economics Student Leaders Council Malaysia (ECONS) bakal mengadakan suatu syarahan umum berkenaan situasi semasa ekonomi Malaysia yang bertajuk “Sedekad Kebekuan : Daya Saing, Kelangsungan dan Strategi Baru Ekonomi Malaysia. Syarahan tersebut akan disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan ahli penggubal bajet bagi Pakatan Rakyat Pusat.
Syarahan tersebut bakal diadakan pada 9 malam, 31 Disember 2009 di Petaling Jaya.
RSVP dan maklumat lanjut di sini.

Posted in Aktiviti | No Comments »
September 27th, 2009






Visi
- Memperjuangkan sebuah masyarakat Malaysia yang CAKNA dan BIJAKSANA dalam menanggapi hal ehwal ekonomi, sosial dan politik negara serta global.
Misi
- Membudayakan wacana-wacana ilmiah khususnya berkenaan isu ekonomi dalam kalangan mahasiswa dan anak muda.
- Memperjuangkan suara mahasiswa dan anak muda melalui pemerkasaan media baru.
- Mengadakan dialog bersama pimpinan pelbagai lapangan.
- Membuat penentuan sikap mahasiswa dan anak muda berkaitan isu-isu ekonomi negara.
- Mengadakan ceramah dan latihan ‘Kepimpinan untuk Masa Depan’ (Leadership for the Future) di sekolah-sekolah menengah dan kampus sekitar Lembah Kelang.
>>PIMPINAN ECONS MALAYSIA SESI 2009/10
Presiden : Mohd Hasbie Muda (Econs Uni Malaya)
Naib Presiden I : Muhammad Fauzan Maaruf
Naib Presiden II : Mohd Hafizan Mazuki
Naib Presiden III : Mohamad Hilman Nordin
Setiausaha Agung : Ahmad Fahmi Mohd Salleh
Bendahari : Ahmad Syazwan Muhamad Hasan
>>LAMAN WEB RASMI
www.econsonline.com
Posted in Pengumuman | No Comments »
September 16th, 2009



Dalam sesi ‘Sembang-sembang’ ECONS bagi tajuk “Apa Cerita Ekonomi Malaysia?”, topik yang dibicarakan adalah berkenaan dengan keadaan semasa dan suasana Ekonomi Malaysia. Meliputi polisi dan tindakan yang sedang dibuat, dan apa yang telah laksanakan kepada ekonomi kita sejak DEB hinggalah Liberalisasi Ekonomi yang baru sahaja diumumkan oleh PM, Najib.
Undangan, YB Nik Nazmi akan datang sbagai ‘rakyat biasa’ – bukan sebagai ahli politik. Melihat jauh dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau akan memberi respon berdasarkan pengalaman dan pemikiran beliau.
Seorang lagi undangan, saudara Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad – salah seorang Pengarah Malaysia Think Tank, Firdaus graduan LLB (Honours) daripada University of Nottingham turut hadir merancakkan suasana di Old Town White Coffee Seksyen 17, PJ.
gambar: ihsan Sdr Najwan Halimi
Posted in Aktiviti | 1 Comment »
August 13th, 2009



Pada 13 Ogos 2009, Presiden ECONS telah dijemput untuk berforum bersama-sama dengan Datuk Husam Musa berkenaan isu Liberalisasi Ekonomi Malaysia. Turut bersama beliau adalah saudara Mohd Hilmi Ramli (Mantan Presiden PKPIM) dan saudara Wan Fadzrul Wan Bahrum (Wakil Malaysia Think Tank). Moderator pada malam tadi adalah saudara Zainulfaqar Yaacob (Bekas Aktivis PMIUM).
Banyak yang dilontarkan oleh panelis dan para comentator cum moderator. Namun hadirin agak tertarik dengan pandangan YB Husam yang berpendapat bahawa liberalisasi ekonomi bukanlah jalan keluar kemelut kemesetan ekonomi yang paling aula. Beliau mencadangan dua langkah yang harus diutamakan kerajaan iaitu -
- Optimumkan potensi ekonomi domestik.
- Meluaskan outonomi kepada pihak.
Posted in Aktiviti | 1 Comment »
August 1st, 2009
1. Hujah-hujah saudara Wan Fayshal (Rausyan Fikir) dalam DisKon ECONS petang tadi nyata menguatkan lagi pandangan saya mengenai status kewujudan sistem ekonomi Islam. Katanya, memang benar sistem ekonomi Islam tidak wujud!
2. Beliau berhujah bahawa pada era kegemilangan Islam dahulu, umpamanya zaman Uthmaniyyah, ekonomi negara-negara Islam memang diuruskan secara islamik kerana Islam pada ketika itu memerintah. Wujudnya institusi Waqaf, Baitul Mal, Masjid dan Souk (pasar) sebagai elemen dalam mengabsahkan bahawa ekonomi diuruskan secara Islamik. Namun, jika dibandingkan dengan era kontemporari, Islam belum memiliki sesuatu himpunan peraturan dan teori yang komprehensif dan syumul untuk membentuk sebuah sistem ekonomi Islam.
3. Beliau juga mengaitkan bahawa umat Islam dikaburkan dengan sistem kewangan Islam yang hanya tempelan kepada sistem kewangan konvensional. Seolah-olah sistem ekonomi Islam hanyalah pada sistem kewangan Islam semata-mata. Kita, umat Islam lebih gemar membicarakan tentang sistem kewangan kerana ia dilihat sebagai pasaran yang agak mudah untuk ‘mengandungkan’ duit.
Read the rest of this entry »
Tags: ekonomi islam
Posted in Rencana | 1 Comment »
July 21st, 2009
Diskon Sistem Ekonomi Di Dunia
Siri 1 : Wujudkah Sistem Ekonomi Islam?
Oleh : Rausyanfikir
Tarikh : 25 Julai 2009
Masa : 1.45 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Masjid UIA PJ
Posted in Pengumuman | 1 Comment »
July 9th, 2009
Dasawarsa mutakhir ini, sistem kewangan telus dan adil kian mendapat perhatian daripada masyarakat global terutama dari kalangan pengamal ekonomi dunia. Lontaran cadangan yang pernah diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir b. Mohamad pada 25 Jun 2001 lalu seolah kembali mendapat nafas baru apabila dunia terutama golongan profesional di Malaysia terfokus kepada cadangan sistem kewangan Dinar Emas ini.
Sekalipun cadangan dan pelan strategik perlaksanaan telah dirangka dengan penuh teliti oleh beberapa pihak yang teribat secara langsung dalam bidang ekonomi dan kewangan, namun cadangan tersebut seolah dipandang dingin oleh negara-negara OIC yang secara nyata bimbang dengan cadangan yang belum pasti keberkesanannya di samping sekatan-sekatan oleh IMF(International Monetary Fund).
Apa yang sedikit mengecewakan saya selaku wakil suara kontemporari anak muda nasional, berapa ramai masyarakat negara ini yang peka serta membincangkan secara serius suara cadangan daripada Tun Mahathir ini?
Read the rest of this entry »
Tags: dinar emas
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 4th, 2009
Pada 2004, John Perkins menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.
Untuk menghalalkan tugasnya, Perkins telah dimasukan bekerja di sebuah syarikat konsultan ekonomi sebagai baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA.
Read the rest of this entry »
Tags: hishamuddin rais
Posted in Rencana | 1 Comment »